Slide background
Slide background

THINS TO SEE IN MEDAN

THINGS TO SEE IN MEDAN – TEMPAT-TEMPAT MENARIK MEDAN

Kota Medan adalah ibukota Sumatera Utara. Ianya kota terbesar di Sumatera dan ketiga terbesar di Indonesia. Kota Medan ini dibangunkan oleh Guru Pattimpus pada tahun 1950.

Sumatera Utara adalah sebuah daerah di Pulau Sumatera yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Apabila sesuatu tempat itu sering dikunjungi, semestinya terdapat tempat-tempat menarik. Tetapi diruang post ini hanya berkisarkan tempat-tempat wisata (pelancongan) yang terdapat di sekitar Kota Medan. Lain-lain tempat pelancongan menarik seperti Berastagi, Bukit Lawang dan sebagainya ditulis dalam entry post yang lain.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KOTA MEDAN :

  1. Merdeka Walk 
  2. Merdeka Square (Lapangan Merdeka Medan)
  3. Kantor Pos
  4. Gedung Balai Kota
  5. Tjong A Fie Mansion (Kediaman Tjong A Fie)
  6. Istana Maimun
  7. Masjid Raya Al-Mashun (Grand Mosque of Sultan Deli)
  8. Rahmat International Wildlife Museum and Gallery
  9. Kampung Madras Medan
  10. Taman Buaya Asam Kumbang (Penangkaran Buaya Asam Kumbang)
  11. Menara Air Tirtanadi
  12. Lain-Lain Tempat Pelancongan (Objek Wisata)
  13. Bangunan-Bangunan Bersejarah 

Merdeka Walk

Merdeka Walk atau singkatan MW terletak di tengah pusat perniagaan dan merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi sesiapa yang mahu bersantai sambil memerhatikan gelagat warga kota di malam hari rata-rata daripada golongan remaja mahupun keluarga. Tempat ini dianggap paling lengkap di Kota Medan dari pusat makanan, hiburan hingga arena pertunjukan.

Bagi pengemar makanan, puluhan gerai makanan disediakan di sini dengan pelbagai menu pilihan; western food, asian food, sea food dan juga makanan tempatan. Antaranya Coffee Bean Cafe, Oh Lala Cafe, New Zeland Juice, Ice Cream, Nelayan Restoran, Pearl Terrace, minuman, Hometo Restoran, Sunshine Cafe, Dupendys.

Bertentangan dengan MW di seberang jalan adalah Grand Aston Hotel. Bagi sesiapa yang menginap disini adalah mudah sekali untuk mengunjungi MW. Bukan itu sahaja, pelancong yang menginap dihotel ini boleh menaiki keretapi daripada Kuala Namu International Airport terus ke hotel ini kerana terdapat stesen keretapi di Merdeka Walk.

Merdeka Square (Lapangan Merdeka Medan)

Berdekatan dengan Merdeka Walk, Lapangan Merdeka di Medan adalah dataran yang boleh juga dijadikan tempat lawatan. Ramai para pengunjung menghabiskan masa mereka disini untuk berehat dan rekreasi, baik dengan keluarga mahupun dengan kawan-kawan terutamanya pada hari cuti. Lapangan Merdeka juga dilengkapi dengan alat-alat sukan yang boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dan kebanyakan pengunjung datang untuk bersenam pada sebelah pagi. Lapangan Merdeka juga sering digunakan untuk aktiviti perayaan seperti hari ulang tahun Kota Medan, aktiviti promosi, hiburan dan sebagainya.

Kantor Pos

Tidak jauh dari Merdeka Walk dan berhadapan dengan Lapangan Merdeka, terletak Pejabat Pos Medan. Bangunan Pejabat Pos ini adalah salah satu bangunan tertua yang dibina pada 1911 oleh arkitek Belanda lebih daripada 100 tahun. Ianya merupakan warisan penjajah yang masih lagi kukuh sehingga kini dan merupakan tempat pelancongan bersejarah yang selalu dilawati. Pejabat Pos ini terletak betul-betul di tengah pusat bandar yang sibuk dan masih berfungsi dalam memberi perkhidmatan penghantaran surat kepada masyarakat umum.

Gedung Balai Kota

Sekiranya mengunjungi Merdeka Walk, jangan lupa untuk melawati Bangunan Balai Kota di Grand Aston Hotel. Ianya sekarang telah menjadi sebahagian daripada Grand Aston Hotel. Bangunan bersejarah ini telah dibina pada tahun 1900 oleh arkitek Hulswitt dan bercirikan seni bina Eropah. Keempat-empat sisi kubah atas bangunan ini terdapat jam dinding lama sebagai penunjuk waktu. Dulunya terdapat jam dinding besar di kubah ini yang akan berbunyi setiap jam. Ianya disumbangkan oleh seorang hartawan Medan bernama Tjong A Fie.

Kini Gedung Balai Kota telah menjadi sebahagian daripada Grand Aston Hotel dan ditukar sebagai restoran bertaraf antarabangsa.

Tjong A Fie Mansion (Kediaman Tjong A Fie)

Bangunan kediaman Tjong A Fie ini terletak di Jalan Ahmad Yani dan dibina pada tahun 1900 dengan campuran gaya seni bina Cina, Melayu dan Eropah. Kediaman ini dibuka kepada umum pada 18 Jun 2009 bagi memperingati ulang tahun Tjong A Fie yang ke-150. Para pengunjung boleh mengetahui sejarah kehidupan hartawan ini melalui foto-foto dan juga perabot yang digunakan oleh keluarganya.

Istana Maimun

Istana Maimun sudah menjadi ikon terkenal salah satu tempat pelancongan di Kota Medan dan terletak di Jalan Brigadier Jeneral Katamso. Istana ini direka oleh arkitek berbangsa Itali dan dibangunkan oleh Sultan Deli ‘Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah’ pada tahun 1888. Sumatera Utara adalah sebuah peninggalan Kerajaan Deli dan sejak tahun 1946 lagi didiami oleh waris Kesultanan Deli. Istana ini mempunyai keluasan lebih dari 2,700 meter dan memiliko lebih dari 30 buah bilik dengan reka bentuk dalaman yang menggambarkan budaya Melayu, Islam, Itali dan Sepanyol.

Terdapat koleksi pelbagai foto keluarga Kesultanan Deli, koleksi perabot lama Belanda dan juga koleksi senjata lama. Para pelancong juga boleh mencuba pakaian kesultanan bagi tujuan bergambar. Harga tiket masuk adalah 5,000 Rupiah seorang.

Masjid Raya Al-Mashun (Grand Mosque of Sultan Deli)

Satu lagi ikon di Kota Medan adalah Masjid Raya Al-Mashun yang dibina oleh pemimpin Kesultanan Deli iaitu Sultan Ma’mum Al Rasyid Perkasa Alam pada 21 Ogos 1906 bersamaan 1 Rajab 1324H dan disempurnakan pada 10 September 1909 bersamaan 25 Syaaban 1329H. Seni reka masjid ini berunsurkan keseniaan Timur Tengah, Sepanyol dan India. Masjid ini sangat mudah ditemui oleh para pelancong yang tertarik dengan keanggunan bangunannya yang terletak di Jalan Sisingamangaraja.

Rahmat International Wildlife Museum and Gallery

Muzium ini merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik dan terletak di Jalan S. Parman 309. Muzium ini satu-satunya di Asia yang mempunyai lebih dari 1000 spesies haiwan dari segenap penjuru dunia. Ianya telah dicatat dalam Buku Rekod dan telah menerima anugerah antarabangsa dalam usaha pemuliharaan bagi mengelak kepupusan hidupan liar. . Sebuah tempat yang telah dibina sebagai satu cara penyelidikan pendidikan dan tarikan pelancong.

Muzium ini memaparkan pelbagai koleksi habitat hidupan liar dari yang terkecil hingga yang terbesar. Suasana dalam muzium ini sungguh menyeronokkan dengan seni bina yang indah dan berlatarbelakangkan kehidupan dan alam sekitar sebenar.

Pengasasnya adalah seorang pencinta alam sekitar, Dr. Rahmatsyah. Tujuan pembinaan muzium ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap kepelbagaian hidupan liar yang wujud di dunia kepada masyarakat umumnya dan generasi muda khasnya

Kampung Madras Medan

Kampung Madras Medan adalah kawasan yang sebahagian besar penduduknya merupakan penduduk berbangsa India. Suasana di Kampung Madras Medan masih mengekalkan tradisi dan adat istiadat penduduk India yang beragama Hindu. Kawasan ini terdapat juga banyak bangunan Belanda bersejarah untuk dinikmati. Selain itu, makanan ala India dan busana-busana baju India juga boleh didapati di Kampung Madras Medan.  

Taman Buaya Asam Kumbang

Taman atau Penangkaran Budaya Asam Kumbang merupakan sebuah taman reptilia terbesar di Indonesia. Di sini terdapat sekitar dua ribu empat ratus lebih reptilia termasuk buaya yang telah berumur empat puluh tahun lebih. Taman ini terletak di Jalan Bunga Raya, lima kilometer dari pusat Kota Medan.

Selain ribuan koleksi buaya dari semua peringkat umur, taman buaya ini juga mempunyai koleksi haiwan lain seperti penyu, ular dan beberapa haiwan lain.

Pada awalnya taman ini ditubuhkan sejak tahun 1959 lagi untuk tujuan peribadi seorang bernama Lo Tham Muk, seorang berbangsa Tiong Hoa yang menyukai pelbagai jenis reptilia. Beliau memelihara sekitar 12 reptilia sehinggalah kini mencecah lebih 2000 ekor.

Menara Air Tirtanadi

Menara Air Tirtanadi menjadi kebanggaan masyarakat Medan. Menara ini adalah tangki simpanan air yang telah wujud sejak zaman penjajahan Belanda dan sehingga kini masih digunakan untuk memenuhi keperluan Medan dan masyarakat sekeliling. Menara ini terletak di Jalan Gurney Medan dan dapat dilihat apabila memasuki Kota Medan.

Menara ini dibinakan pada tahun 1908 oleh pemerintah Belanda, sebagai tempat takungan air bagi masyarakat Medan. Namun tidak semua masyarakat medan dapat memanfaatkan sumber menara air tersebut pada ketika itu, hanya golongan menengah ke atas saja yang dibenarkan memanfaatkan menara air tersebut keperluan seharian.

Lain-Lain Tempat Pelancongan (Objek Wisata)

Antara lain-lain tempat yang boleh dilawati di sekitar Kota Medan: 

  1. Labuhan Mosque (Warisan Sultan Deli, 20km di utara Medan)
  2. Muzium Sumatera Utara (Jalan H.M Joni, Medan)
  3. Bukit Barisan Muzium (Jalan Zainul Arifin)
  4. Medan Zoo
  5. Tugu Jeneral A Yani (Jalan Jend. Sudirman)
  6. Tasik Siombak Indah (Pulau Rengas, 18km dari bandar Medan)
  7. Seni Kraftangan
  8. Sungai Baharok
  9. Pantai Cermin (Daerah Serdang Bedagai)
  10. Theme Park (25km dari Sei Rampah)
  11. Pantai Sialang Buah (60km dari Kota Medan)
  12. Danau Linting (70km dari Kota Medan)

Bangunan-Bangunan Bersejarah

Di Kota Medan terdapat banyak bangunan lama, peninggalan zaman penjajahan Belanda, dengan ciri-ciri seni bina yang ‘keEropahan':

Bangunan-Bangunan Bersejarah Di Kota Medan

  1. Hotel De Boer (Hotel Inna Darma Deli)
  2. Stasiun Kereta Api
  3. Titi Gantung 
  4. Gedung BTN
  5. Gedung Bank Indonesia
  6. Gedung London Sumatera
  7. Gedung Badan Kerjasama Perusahaan Perkebunan Sumatera (BKS PPS)

Kandungan ruang ini menyenaraikan lokasi-lokasi pelancongan yang boleh menjadi pilihan bagi mereka sekeluarga. Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik/tumpuan pelancongan tetapi akan ditulis dalam ruang-ruang post lain.

Mari kita lihat senarai lokasi-lokasi dalam sususan berikut:

  • Kota Medan (Medan City)
  • Berastagi
  • Samosir Island (Lake Toba)
  • Parapat
  • Gundaling Hill 
  • Simarjarunjung Hill
  • Mikie Holiday Funland
  • HillPark GreenHill City

Kota Medan (Medan City)

Medan is the capital of the North Sumatra province in Indonesia. Located on the northern coast, Medan is the third largest city in Indonesia and the largest Indonesian city outside Java.

Here in Medan, you can enjoy some of the famous places like Merdeka Walk, Merdeka Square, Maimon Palace, Grand Mosque of Sultan Deli, Rahmat International Wildlife Museum, Taman Alam Lumbini and many others. 

But don’t forget too to enjoy the local food products like Bika Ambom Zulaikan for its famous Indonesian traditional cake and Paten for its famous local snacks made from peanuts.

Berastagi

Berastagi is about 3 hours drive from Kota Medan. It is located on the beautiful highlands of North Sumatra, where the stunning Sipiso-piso Waterfall is located. It is surrounded by majestic mountains and penetrable jungle. And from Berastagi, you can have a clear view of Mount Sinabung, Mount Sibayak, and Lake Toba. Berastagi is well-known for its variety of fruits, vegetables, and flowers. The fruits are famed throughout Indonesia for its delicious taste and grown only in Berastagi region. There are also horse riding available up and down the hill for those interested in taking a stroll round the city. 

Samosir Island (Lake Toba)

Samosir Island, in the middle of Lake Toba, is the size of Singapore. Lake Toba is the largest and deepest volcanic lake in the world. It was formed some 100,000 years ago after an enormous volcanic eruption so great that it created the largest lake in Southeast Asia.It is the home of Batak people. The island offers fresh air and relaxation to travelers who could use a break. The setting is truly superb, making it a popular getaway in a perfect setting for those looking simply to relax. What else you can do here? Tomok Village is one of the famous places to visit. Here you can see the old grave stone of King Sidabutar and visit souvenir shops nearby. Another frequently visited place is Ambarita Village for its famous stone chairs and execution place of King Siallagan and the traditional house of Batak tribe.

Parapat

Parapat is a small town in North Sumatra province on the shore of Lake Toba. It is the primary transit point by boat for visitors going to Samosir Island. Parapat is connected to Tomok and Tuk Tuk on the Samosir Island by a ferry that runs every hour and the last trip ia at 19:00. The place to catch the ferry to Tuk Tuk is called “Tiga Raja” harbour/jetty. The ferry ride over the lake is fantastic and just truly peaceful.However, you can also opt to stay here for a night before transferring to Samosir Island. Parapat is an interesting town with a nice market, lots of hotels and a few restaurants in the main street. At night, you can take evening walk, shop or enjoy the night life of Lake Toba. Every saturday there is a busy market at Parapat, right at the shore of Lake Toba, called Tigaraja Market. Across the street is the part of the market where clothes and other goods are being sold. 

Gundaling Hill 

Gundaling Hill with an altitude of 1575 M above sea level is 3 km from the city Brastagi. Most people come here to see the panorama of Berastagi town and the two active volcanoes; Sibayak and Sinabung. On the top of the hill, there are beautiful gardens, leisure and sports facilities.

Simarjarunjung Hill

Along the sides of the road to/from Berastagi, you can appreciate very beautiful scenery of Lake Toba panorama and drive through lush greenery and plantations of coffee and fruits. On a hill top of Simarjarunjung, you can stop by a place to have a cup of ginger tea and fried bananas. 

Mikie Holiday Funland

Mikie Holiday Funland is a theme park located in Berastagi. It has an indoor and outdoor recreation and game facilities over 30 different kinds of attractions for children and adults.

HillPark GreenHill City

HillPark at Greenhill City is located at Sibolangit, Berastagi nearly 50 km from Medan. It is the biggest theme park on the island of Sumatra. It offers wide varieties of excellent fun rides and other forms of entertainment with exciting three themes;  the Lost City, the Heritage and Toon Town.Next to the HillPark is the GreenHill City Retail Area that consists of mini-market, shops, restaurants and cafes including Garuda, Paparons Pizza, KFC, California Fried Chicken and Soup Ikan. Shopping centers are available like the Macan Mart and other retail shops. This is where most visitors from the HillPark GreenHill City dine since it has wider choices compared to the ones inside the Theme Parks.